Pada 30 Mei 2016 yang lalu, saya dah suami bersama anak-anak bertolak dari rumah kami di Bahau ke Seremban. Sampai di wisma negeri jam 9.30 pagi. Agak2 korang awal taki kami sampai sana? Pada saya agak awal juga. Tapi bila sampai ke bahagian imigresen rupa-rupanya orang dah start beratur. Masa kami sampai tu, kami beratur di luar pintu.. betul2 keluar dari lift terus beratur. hehehe..Muka dah cuak sebab dah fikir pukul berapa la siap ni. Tengah beratur ada orang sampaikan berita yang nombor dah abis!!!di ulangi ye dah abis....baru jam 9.30 pagi kot. Tapi dalam hati berdoa la juga harap2 ada nombor manual. Kiranya yang dah abis tu nombor online la. Mana tau kot2 ada nombor manual kan. Berharap sangat sampai la kat depan kaunter. ade seorang mamat Cina ni tanya " kenapa awak tak beritahu nombor sudah habis?" orang yg jaga kaunter pun jawab " saya dah cakap tadi nombor dah abis, takkan saya nak jerit bagitau"..gulp..alamak boleh tahan garang akak ni. nampak mamat tu masih tak berpuas hati. Last2 akak tu cakap, datang esok jam 7.30 pagi. Hmm...nasib badan kan. Datang jauh2 suh dtg esoknya jam 7.30 pagi. Kene Subuh kat Masjid Negeri la jawabnya. Ada seorang lagi yang bagitau dia dah 4 hari datang..bila datang je nombor habis..tak ke
haru dengan bawa anak kecik lagi. Rasanya bukan masalah datang awal atau tak cuma nombor giliran telah ditetapkan untuk setiap hari. Di sini saya sertakan sekali jadual setiap imigresen ye..
| Waktu Operasi Urusan Pasport |
|---|
| Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / *Jumaat Tutup : 12.15 tgh - 2.45 petang |
| Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
| Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Putrajaya |
| Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan |
| Pejabat Imigresen Selangor |
| Pejabat Imigresen Negeri Sembilan |
| Pejabat Imigresen Melaka |
| Pejabat Imigresen Pahang |
| Pejabat Imigresen Perak |
| Pejabat Imigresen Pulau Pinang |
| Pejabat Imigresen Perlis |
| Pejabat Imigresen Sabah |
| Pejabat Imigresen Sarawak |
| Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang |
| Pejabat Imigresen Negeri Sembilan: Seremban |
| Pejabat Imigresen Selangor: Shah Alam,Kelana Jaya, Kajang, Pelabuhan Klang |
| Pejabat Imigresen Pulau Pinang: Seberang Jaya |
| Pejabat Imigresen Sarawak: Kuching, Miri |
| Ahad-Rabu : 7.30 pagi - 5.30 petang, Khamis : 7.30 pagi - 3.30 petang |
| Pejabat Imigresen Kedah |
| Pejabat Imigresen Kelantan |
| Pejabat Imigresen Terengganu |
| Pejabat Imigresen Johor |
| Waktu Operasi Pejabat UTC |
|---|
| Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam /*Jumaat Tutup : 12.15tgh - 2.45ptg *Waktu Rehat Malam: 7 - 8mlm setiap hari/ *Tutup semasa Cuti Umum |
| UTC Pudu, Kuala Lumpur |
| Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur |
| Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur |
| UTC Ipoh, Perak |
| UTC Melaka |
| UTC Kuantan, Pahang |
| UTC Alor Setar, Kedah |
| UTC Johor |
| Waktu Operasi Pejabat UTC Sabah |
|---|
| Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam /*Jumaat Tutup : 11.30tgh - 2.00ptg *Waktu Rehat Malam: 7 - 8mlm setiap hari / *Tutup semasa Cuti Umum |
| UTC Kota Kinabalu, Sabah |
| Waktu Operasi Pejabat RTC |
|---|
| Isnin-Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang / *Jumaat Tutup : 12.15tgh - 2.45ptg |
| RTC Gopeng, Perak |
| Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang, Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang |
| RTC Napoh, Kedah |
Haa...korang dah semak dan cari tempat yang terdekat dengan koran? see....waktu cuti pun ada beroperasi tau. Boleh cek dan tengok. Ada banyak tempat sebenarnya nak buat passport..buat kat mana2 pun boleh. Pilihla yang berdekatan dengan tempat korang okey..
So, dah tau tempat mesti nak tahu apa yang perlu dibawa semasa membuat passport antarabangsa..Masa kami pergi hari tu, yang memang tak pernah ada passport adalah saya sendiri dan 3 orang anak perempuan. Apa yang perlu korang bawa adalah IC sahaja..diulangi IC sahaja. Gambar pihak imigresen akan ambil masa kita buat nanti. Untuk anak2 yang bawah umur bawa surat beranak/ sijil lahir asal..fotostat x nak tau. Ops, sebelum terlupa yang perempuan mesti pakai tudung yang berwarna gelap. Tak perlu nak pakai warna warni sangat ye.. Bagi yang tidak bertudung juga kene pastikan pakai baju warna gelap. kalau tak, korang pegi la mana2 kedai pakaian terdekat dan beli baru..tak tahulah kalau mereka sediakan baju sekali..Yang lelaki memang ade blazer disediakan dan tudung warna gelap bagi korang yang degil dan pakai tudung meriah2 haha...kanak2 pun sama tau. Lagi satu untuk anak2 mak /ayah kene ada sekali ye..korang boleh rujuk mana2 laman web imigresen. Kat situ lengkap segalanya pasal apa yg korang nak tahu. Blog ni nak cerita pasal pengalaman buat passport berjemaah hihi..Dah siap ambik gambar nnt..korang kene tggu kat kaunter bayaran plak. Bukan free tau!!!
Bayaran berapa?
Bayaran Pasport
a
|
Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) | : RM200.00 |
b
|
Warga emas (60 tahun ke atas) | : RM100.00 |
c
|
Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) | : RM100.00 |
d
|
Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) |
: RM100.00 |
e
|
Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) | : RM100.00 |
f
|
Orang Kelainan Upaya (OKU) | : Gratis |
TADA!!!!! dah siap..now, everyone can fly..lalala...
Esoknya 31 Mei 2016 bersamaan hari Selasa, kami pergi lagi sekali ke imigresen Melaka tu. Bukan ade masalah apa2 cuma nak bawa 2 orang anak sedara buat passport yang mana mereka ni adalah anak yatim piatu. Camne pulak proses tu?
nantikan entry seterusnya..dan sebelum terlupa selamat berpuasa semua...

Assalam sis.. if buat utk 2 tahun ada je kan
ReplyDeleteTakde. Yang ada 5 tahun sahaja. Tak tahu la kalau ada yang terbaru.
Delete