Saturday 16 July 2016

<a href="https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=937_1_1_4" target="_blank"><img style="border:0px" src="https://bookcafe.com.my/friends/media/banners/general_banner.png" width="980" height="330" alt=""></a>

Sunday 5 June 2016

CARA MEMBUAT PASSPORT ANTARABANGSA

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman. Hari ni merupakan hari pertama saya buat blog dan ini adalah entry saya yang pertama. Why i choose this title? Because it very interesting to talk about..haha, berterabur grammer..maaf la ye..mencuba itu tak salah. You are never late to learn english right? Apa yang membuatkan saya begitu teruja untuk buat entry ni adalah sebab saya baru je buat passport untuk pertama kali bersama 3 anak perempuan saya. Suami saya? oh, dia sudah ada lama sebab pernah bekerja sebagai kelasi kapal. Cuma perlu renew sahaja. Bukan itu sahaja, saya juga akan cerita bagaimana proses membuat passport bagi kanak-kanak di bawah umur yang sudah tiada kedua ibu bapa. Sangat rumit sebenarnya, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami pada hari itu.

Pada 30 Mei 2016 yang lalu, saya dah suami bersama anak-anak bertolak dari rumah kami di Bahau ke Seremban. Sampai di wisma negeri jam 9.30 pagi. Agak2 korang awal taki kami sampai sana? Pada saya agak awal juga. Tapi bila sampai ke bahagian imigresen rupa-rupanya orang dah start beratur. Masa kami sampai tu, kami beratur di luar pintu.. betul2 keluar dari lift terus beratur. hehehe..Muka dah cuak sebab dah fikir pukul berapa la siap ni. Tengah beratur ada orang sampaikan berita yang nombor dah abis!!!di ulangi ye dah abis....baru jam 9.30 pagi kot. Tapi dalam hati berdoa la juga harap2 ada nombor manual. Kiranya yang dah abis tu nombor online la. Mana tau kot2 ada nombor manual kan. Berharap sangat sampai la kat depan kaunter. ade seorang mamat Cina ni tanya " kenapa awak tak beritahu nombor sudah habis?" orang yg jaga kaunter pun jawab " saya dah cakap tadi nombor dah abis, takkan saya nak jerit bagitau"..gulp..alamak boleh tahan garang akak ni. nampak mamat tu masih tak berpuas hati. Last2 akak tu cakap, datang esok jam 7.30 pagi. Hmm...nasib badan kan. Datang jauh2 suh dtg esoknya jam 7.30 pagi. Kene Subuh kat Masjid Negeri la jawabnya. Ada seorang lagi yang bagitau dia dah 4 hari datang..bila datang je nombor habis..tak ke

 haru dengan bawa anak kecik lagi. Rasanya bukan masalah datang awal atau tak cuma nombor giliran telah ditetapkan untuk setiap hari. Di sini saya sertakan sekali jadual setiap imigresen ye..


Waktu Operasi Urusan Pasport
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / *Jumaat Tutup : 12.15 tgh - 2.45 petang
Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Labuan
Pejabat Imigresen Selangor
Pejabat Imigresen Negeri Sembilan
Pejabat Imigresen Melaka
Pejabat Imigresen Pahang
Pejabat Imigresen Perak
Pejabat Imigresen Pulau Pinang
Pejabat Imigresen Perlis
Pejabat Imigresen Sabah
Pejabat Imigresen Sarawak
Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang
Pejabat Imigresen Negeri Sembilan: Seremban
Pejabat Imigresen Selangor: Shah Alam,Kelana Jaya, Kajang, Pelabuhan Klang
Pejabat Imigresen Pulau Pinang: Seberang Jaya
Pejabat Imigresen Sarawak: Kuching, Miri
Ahad-Rabu : 7.30 pagi - 5.30 petang,  Khamis : 7.30 pagi - 3.30 petang
Pejabat Imigresen Kedah
Pejabat Imigresen Kelantan
Pejabat Imigresen Terengganu
Pejabat Imigresen Johor

Waktu Operasi Pejabat UTC
Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam /*Jumaat Tutup : 12.15tgh - 2.45ptg
*Waktu Rehat Malam: 7 - 8mlm setiap hari/ *Tutup semasa Cuti Umum
UTC Pudu, Kuala Lumpur
Mini UTC Sentul, Kuala Lumpur
Mini UTC Keramat, Kuala Lumpur
UTC Ipoh, Perak
UTC Melaka
UTC Kuantan, Pahang
UTC Alor Setar, Kedah
UTC Johor

Waktu Operasi Pejabat UTC Sabah
Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam /*Jumaat Tutup : 11.30tgh - 2.00ptg
*Waktu Rehat Malam: 7 - 8mlm setiap hari / *Tutup semasa Cuti Umum
UTC Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi Pejabat RTC
Isnin-Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang / *Jumaat Tutup : 12.15tgh - 2.45ptg
RTC Gopeng, Perak
Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang, Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
RTC Napoh, Kedah


Haa...korang dah semak dan cari tempat yang terdekat dengan koran? see....waktu cuti pun ada beroperasi tau. Boleh cek dan tengok. Ada banyak tempat sebenarnya nak buat passport..buat kat mana2 pun boleh. Pilihla yang berdekatan dengan tempat korang okey..

So, dah tau tempat mesti nak tahu apa yang perlu dibawa semasa membuat passport antarabangsa..Masa kami pergi hari tu, yang memang tak pernah ada passport adalah saya sendiri dan 3 orang anak perempuan. Apa yang perlu korang bawa adalah IC sahaja..diulangi IC sahaja. Gambar pihak imigresen akan ambil masa kita buat nanti. Untuk anak2 yang bawah umur bawa surat beranak/ sijil lahir asal..fotostat x nak tau. Ops, sebelum terlupa yang perempuan mesti pakai tudung yang berwarna gelap. Tak perlu nak pakai warna warni sangat ye.. Bagi yang tidak bertudung juga kene pastikan pakai baju warna gelap. kalau tak, korang pegi la mana2 kedai pakaian terdekat dan beli baru..tak tahulah kalau mereka sediakan baju sekali..Yang lelaki memang ade blazer disediakan dan tudung warna gelap bagi korang yang degil dan pakai tudung meriah2 haha...kanak2 pun sama tau. Lagi satu untuk anak2 mak /ayah kene ada sekali ye..korang boleh rujuk mana2 laman web imigresen. Kat situ lengkap segalanya pasal apa yg korang nak tahu. Blog ni nak cerita pasal pengalaman buat passport berjemaah hihi..Dah siap ambik gambar nnt..korang kene tggu kat kaunter bayaran plak. Bukan free tau!!!

Bayaran berapa?

Bayaran Pasport

a
Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) : RM200.00
b
Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100.00
c
Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100.00
d
Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara                                      
( 21 tahun dan ke bawah)
: RM100.00
e
Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100.00
f
Orang Kelainan Upaya (OKU) : Gratis       




Kat atas ni adalah bayaran untuk 5 tahun ye. Takde dah setahun ke 3 tahun ke..sekarang 5 tahun sahaja. Boleh rujuk bayaran di atas. Kami hari tu semua sekali rm 700. Untuk renew pun sama ye harganya..Maka selesailah urusan kami 5 beranak kat imigresen Melaka dia ayer keroh..

TADA!!!!! dah siap..now, everyone can fly..lalala...


Esoknya 31 Mei 2016 bersamaan hari Selasa, kami pergi lagi sekali ke imigresen Melaka tu. Bukan ade masalah apa2 cuma nak bawa 2 orang anak sedara buat passport yang mana mereka ni adalah anak yatim piatu. Camne pulak proses tu?

nantikan entry seterusnya..dan sebelum terlupa selamat berpuasa semua...